My Add

Saturday 10 August 2013

MT UMNO: Zambry belum buat keputusan

IPOH, KUMAAT, 09 Ogos, 2013: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir belum membuat keputusan untuk bertanding mana-mana jawatan dalam Majlis Tertinggi (MT) pada 5 Oktober ini.

Menteri Besar Perak itu berkata, beliau akan memikirkan masa yang sesuai untuk membuat kenyataan berhubung jawatan bakal ditandingi kelak.

Menurut beliau, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu kerana banyak perkara lain perlu diberi keutamaan terlebih dahulu.

"Kita semua perlu menerima hakikat isu ini membabitkan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri dan adalah tidak sesuai buat masa ini untuk saya membuat kenyataan," katanya.

Beliau ditemui pemberita dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Perak di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini semalam.

Menurut Zambry, dalam pemilihan parti lalu beliau menerima sokongan daripada banyak bahagian UMNO dan di peringkat akar umbi untuk bertanding jawatan dalam MT.

Namun, katanya, beliau membuat keputusan memberi laluan kepada mereka yang lebih layak bertanding merebut jawatan itu.

"Saya lebih memikirkan masa depan parti dan mereka yang layak dibuka seluas-luasnya ruang untuk bertanding dalam MT kerana ahli MT mungkin terdiri daripada kalangan Menteri Besar atau Ketua Menteri atau Menteri-menteri atau orang perseorangan," katanya.- UTUSAN

No comments:

Post a Comment