My Add

Sunday 4 August 2013

Mugabe menang pilihan raya Zimbabwe
 
 * PERDANA Menteri Zimbabwe, Morgan Tsvangirai (kanan) ketika sidang media di Harare, awal pagi tadi mengumumkan menolak kemenangan Mugabe (gambar kecil) dan akan mencabar keputusan itu di mahkamah selepas mendakwa berlaku penipuan dalam pilihanraya negara itu. - Foto AFP
HARARE, AHAD, 04 Ogos, 2013: Panel pilihan raya Zimbabwe mengisytiharkan Presiden Robert Mugabe, 89, menang pilian raya umum negara itu dengan kemenangan besar, namun masih berdepan dengan tuduhan wujudnya penyelewengan dalam pengundian.

Mugabe dilihat melanjutkan kuasanya memerintah Zimbabwe selepas Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan mengumumkan partinya menang 158 daripada 210 kerusi perlimen yang dipertandingkan.

Ia sekali gus memberikannya kelebihan dua pertiga majoriti dalam perlembagaan negara itu.

Pencabarnya, Morgan Tsvangirai hanya memperoleh 50 kerusi dan dua lagi dimenangi calon Bebas.

Menurut keputusan pilihan raya itu, Mugabe menang 61 peratus undi berbanding 33 peratus oleh Tsvangirai yang menjadi Perdana Menteri selepas mencapai persetujuan berkongsi kuasa dengan Presiden.

Secara rasminya, Mugabe yang sudah memenang pemerintahan semalam 33 tahun, bakal meneruskan pentadbirannya satu penggal atau lima tahun lagi. - AP/BH

No comments:

Post a Comment