My Add

Wednesday 21 August 2013

Muhyiddin lawat Thailand esok, Jumaat Ini

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Ogos, 2013: Timbalan Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan rasmi dua hari ke Thailand mulai esok.

Beliau akan diiiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, dua ketua menteri dan tiga anggota parlimen selain pegawai kanan kerajaan, menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Muhyiddin ke Thailand sejak menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 9 April, 2009.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, dijadual mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri, Thailand Kittirat Na Ranong dan Menteri Pendidikan, Jaturon Chaisaeng.

Beliau akan turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut lawatan itu akan memberi peluang baik kepada Muhyiddin dan rakan sejawatannya memperbaharui semula persahabatan mereka selain bertukar-tukar pandangan berhubung isu dua hala melibatkan kepentingan besama seperti perdagangan dan pelaburan, industri halal serta kerjasama pertanian di samping isu serantau dan antarabangsa.

Ini akan selanjutnya mengakrabkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala yang sedia ada antara Malaysia dan Thailand, jelas kenyataan itu. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment