My Add

Saturday 24 August 2013

Muhyiddin mahu SKM bantu jana keharmonian, perpaduan kaum

 *MUHYIDDIN bersalaman dengan orang ramai ketika hadir untuk merasmikan Hari Koperasi Negara 2013  Dataran Darulaman, hari ini. - Foto Shahrizal Md Noor
ALOR SETAR, SABTU, 24 Ogos, 913: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menjadi sebuah agensi regulatori yang kukuh dan mantap, sekali gus membantu menyokong agenda kerajaan terutama dalam menjana keharmonian kaum dan perpaduan kebangsaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha ini penting kerana kewujudan koperasi yang terbukti mantap dalam menyatukan kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat, mampu membendung kegiatan ekstremisme oleh pihak tertentu yang mempermainkan isu perkauman yang boleh menjejaskan perpaduan kaum di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena perasmian Hari Koperasi Negara 2013 di Dataran Darulaman, dekat Jitra, di sini, sebentar tadi. - BH

No comments:

Post a Comment