My Add

Wednesday 21 August 2013

Muhyiddin terima kunjungan hormat Ketua Eksekutif HSBC Asia Pasifik

PUTRAJAYA, RABU, 21 Ogos, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat Ketua Eksekutif HSBC Asia Pasifik dan Pengerusi HSBC Bank Malaysia Bhd Peter Wong, di pejabat beliau, di Kompleks Perdana Putra di sini.

Muhyiddin dan Wong mengadakan perbincangan selama 45 minit.

Turut hadir Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Bank Malaysia Bhd Mukhtar Hussain dan penasihatnya, Datuk Richard Lee.

Kumpulan HSBC ialah sebuah daripada organisasi perbankan dan perkhidmatan kewangan terbesar di dunia.

Ia mempunyai 6,600 pejabat di 80 negara dan wilayah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment