My Add

Sunday 4 August 2013

Muka depan komik dilelong RM1.5 juta

 * MUKA depan komik asal The Dark Knight Returns No. 2  
PHILADELPHIA, SABTU, 03 Ogos, 2013: Muka depan asal komik “The Dark Knight Returns" No. 2 yang menggunakan teknik pen dan dakwat, karya Frank Miller dijual pada harga AS$478,000 (RM1.5 juta) pada satu jualan lelong di sini, semalam.

Satu salinan Batman No. 1 juga berjaya dijual pada harga AS$567,625 (RM1.8 juta) dalam jualan lelong itu.

Pusat Lelongan Heritage berkata, pembeli muka depan komik itu, bagaimanapun tidak mahu namanya didedahkan.

Muka depan karya Miller merupakan yang pertama dijual daripada komik bersiri Dark Knight sebanyak empat keluaran terbitan DC Comics pada 1986.

Salinan Batman No. 1 dari 1940 dilelong bagi pihak Tadano America Corp.

Rekod jualan bagi sebuah buku komik, kekal menjadi milik Action Comics No. 1, yang dilelong pada harga AS$2.16 juta (RM7juta) pada 2011,

Komik itu mempamerkan penampilan pertama Superman. - AGENSI/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment