My Add

Thursday 22 August 2013

Nahas bas di Genting: Waris mangsa berkumpul di HKL

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 Ogos, 2013: Kesedihan dan kesayuan menyelubungi bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini ketika waris mangsa yang terkorban dalam kemalangan bas ngeri di Genting Highlands berkumpul untuk mengenal pasti dan membawa pulang mayat mangsa.

Ada antara anggota keluarga itu dilihat menangis teresak-esak dan enggan ditemu bual media.

Menurut seorang jurucakap HKL, setakat jam 11 pagi ini, bedah siasat selesai dijalankan ke atas 30 mayat dan 17 lagi mayat sudahpun dikenal pasti.

Seramai 14 mayat adalah warga tempatan dan satu masing-masing dari Bangladesh, Nepal dan Korea.

Proses pengecaman masih berjalan ketika anggota keluarga menjalankan urusan menuntut mayat orang tersayang.

Wakil media, yang menunggu seawal 7 pagi, tidak dibenarkan memasuki perkarangan bilik mayat.

Sementara itu Yayasan Tzu Chi, sebuah pertubuhan kemanusiaan bukan kerajaan, turut memberi perkhidmatan untuk membantu anggota keluarga mangsa. 

Tiga puluh tujuh orang termasuk pemandu bas terbunuh dalam kemalangan di KM3.5 Jalan Genting Highlands pada jam 2.22 petang semalam.

Bas yang membawa 52 penumpang, termasuk beberapa warga asing itu, sedang menuruni laluan curam dari Genting Highlands menghala ke pusat bandar raya apabila terjunam ke dalam gaung. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment