My Add

Thursday 22 August 2013

Nahas bas: Operasi menyelamat tamat, korban kekal 37 orang

GENTING HIGHLANDS, KHAMIS, 22 Ogos, 2013: Operasi mencari dan menyelamat nahas bas yang terhumban ke gaung di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur telah ditamatkan berikutan tiada lagi mangsa lain ditemui.

Sehubungan itu, kata, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Mansor Mohd Noor, bilangan mangsa yang terbunuh kekal 37 orang manakala 16 orang pula cedera.

Beliau yang ditemui pemberita di sini memberitahu, apabila operasi dimulakan semula pagi ini, tiada mangsa baru ditemui sebaliknya hanya menemukan anggota badan mangsa yang meninggal dunia termasuk kaki dan organ lain.

Katanya, kini tumpuan diberi oleh semua pihak berkuasa, jabatan serta agensi berkaitan mengenai punca kemalangan sebelum bas ditunda ke balai polis. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment