My Add

Wednesday 21 August 2013

Nahas bas: Tiong Lai minta syarikat bas buat pemeriksaan rapi sebelum bawa penumpang

BENTONG, RABU, 21 Ogos, 2013: Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta syarikat perkhidmatan bas awam di sini membuat pemeriksaan rapi terhadap keadaan bas sebelum membawa penumpang.

Beliau berkata, perkara ini perlu diteliti dengan baik kerana laluan bas berkenaan terletak di kawasan gaung dan selekoh merbahaya.

"Saya dah berbincang dengan pihak Genting untuk memastikan keadaan bas sentiasa berada dalam keadaan baik supaya kejadian tidak diingini berlaku pada masa depan.


"Saya juga minta syarikat pengurusan bas memastikan tahap kesihatan pemandu bas berada dalam keadaan baik bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, sebagai ahli parlimen di kawasan itu beliau melahirkan kesedihan terhadap kejadian yang berlaku dan meminta pihak polis mengambil langkah susulan dengan segera. - BH

No comments:

Post a Comment