My Add

Friday 2 August 2013

Najib ucap takziah, salur sumbangan kepada keluarga nahas di Kuching

KUCHING:, JUMAAT, 02 Ogos, 2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merakamkan ucapan takziah, selain menyalurkan sumbangan peribadi kepada keluarga empat pegawai dan kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak yang terkorban dalam nahas jalan raya di Kilometer 48, Jalan Sri Aman-Sarikei jam 3.30 petang semalam.

Sumbangan disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang tiba di bandaraya ini kira-kira jam 1 pagi tadi bagi mewakili Perdana Menteri pada majlis pengebumian jenazah.

Beliau turut diiringi Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustaffa. - BH

No comments:

Post a Comment