My Add

Sunday 4 August 2013

NGO pro DAP desak letak jawatan

PULAU PINANG, SABTU, 03 Ogos, 2013: Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) yang mempunyai hubungan rapat dengan DAP mendesak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meletakkan jawatan serta- merta kerana dilihat gagal melaksanakan tanggungjawab mengendalikan pemilihan pucuk pimpinan parti itu dengan jujur, telus, bebas, adil dan sempurna.

Presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, Rahmad Isahak berkata, Guan Eng dilihat sudah tidak layak memikul tugas tersebut memandangkan DAP kini berada pada tahap 'tenat'.

Menurutnya, jika gagal berbuat demikian, Guan Eng yang juga Ketua Menteri bukan sahaja menjadi liabiliti kepada parti malah mengheret kira-kira 1.6 juta rakyat negeri itu ke kancah sama.

"Jika ada sikap 'gentleman' dan bertanggungjawab, beliau harus mengambil segala risiko dan berlaku adil kepada semua ahli. Beliau tiada pilihan selain meletakkan jawatan serta-merta," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam reaksi terhadap arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu diadakan semula, Guan Eng seolah-olah cuba berdolak-dalik termasuk mengenakan dua syarat baharu kepada pertubuhan itu.

Dua syarat berkenaan ialah ROS perlu mengemukakan alasan munasabah kenapa tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan DAP berhubung pemilihan CEC pada Disember lalu dan kedua, apakah peruntukan yang diguna pakai oleh pertubuhan tersebut dalam mengeluarkan arahannya.

Rahmad berkata, Guan Eng langsung tidak mengendahkan aduan mengenai hak perwakilan sah yang tidak menerima notis, dinafikan hak untuk hadir dan mengundi ketika pemilihan tersebut.

"Secara tidak langsung beliau ada pengetahuan tentang perkara itu tetapi apa inisiatif yang diambilnya untuk menyelesaikan masalah berbangkit ketika itu? Adakah itu menunjukkan beliau ada motif tertentu yang tersirat dan tersurat supaya DAP dapat diharamkan?," soalnya. = UTUSAN 

No comments:

Post a Comment