My Add

Monday 5 August 2013

Nicol Davidraih emas ketiga Sukan Dunia

CALI, Columbia , ISNIN, 05 Ogos, 2013: Datuk Nicol David meraih pingat emas Sukan Dunia kali ketiga berturut-turut di sini selepas menewaskan lawannya dari Belanda, Natalie Grinham 11-6, 11-9, 11-8 pada perlawanan akhir skuasy pagi ini.

Kategori lelaki pula menyaksikan pemain Perancis, Gregory Gaultier muncul juara selepas mengatasi pemain Jerman, Simon Rosner 9-11, 11-7, 11-5, 11-4.

Saingan gangsa wanita pula menyaksikan seorang lagi pemain negara, Low Wee Wern terlepas pingat apabila tewas kepada pilihan keempat dari Perancis, Camille Serme 11-8, 11-4, 11-4. - Agensi/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment