My Add

Sunday 4 August 2013

Noor Sabrina tawar diri tanding Naib Ketua Puteri UMNO

KULIM, AHAD, 04 Ogos, 2013: Exco Pergerakan Puteri UMNO, Noor Sabrina Mohd. Noor hari ini mengesahkan menawar diri bertanding bagi jawatan naib ketua puteri pada pemilihan UMNO kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi negeri itu berkata, beliau menawarkan diri selepas mendapati menerima sokongan daripada sayap Puteri di negeri-negeri pantai timur.

"Saya berharap pengalaman saya sebagai ketua Puteri Umno bahagian sejak pergerakan Puteri wujud dan memegang jawatan exco pergerakan itu sejak 2008 akan menjadi nilai tambah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Iftar Ramadan, di sini hari ini.

Jawatan itu akan dikosongkan oleh penyandang Shahanim Mohd Yusuf yang sudah mencapai had usia. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment