My Add

Thursday 22 August 2013

Padi Aerob bantu tingkatkan pengeluaran beras

 *ISMAIL Sabri Yaakob melihat padi Aerob pada majlis Perlancaran Teknologi Pengeluaran Padi Aerob dan Perasmian Hari Bersama Pelanggan Mardi Seberang Perai di Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini. - UTUSAN
KEPALA BATAS, KHAMIS, 22 Ogos, 2013: Kerajaan yakin dapat meningkatkan pengeluaran beras bagi menampungkeperluan negara dengan memperkenalkan padi baharu yang dinamakan Aerob.

Jenis padi baharu tanpa air bertakung itu boleh ditanam di kawasan berbukit dan tidak bergantung kepada sistem pengairan seperti diamalkan petani sekarang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, padi Aerob ini boleh dijadikan tanaman giliran kerana dapat mengurangkan serangan penyakit seperti ancaman siput gondang yang dihadapi apabila menggunakan sistem air bertakung.

Beliau berkata, penghasilan padi Aerob oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) itu bagi membantu meningkatkan pengeluaran beras negara.

"Tanaman padi ini boleh diusahakan di luar kawasan jelapang padi, selain menjimatkan perbelanjaan dan petani tidak perlu bergantung kepada bekalan air.

"Setakat ini, jenis padi sedemikian ditanam di Brazil dan China manakala Malaysia menjadi negara pertama di ASEAN yang akan menanam padi tersebut," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Teknologi Pengeluaran Padi Aerob dan perasmian Hari Bersama Pelanggan MARDI Seberang Perai di sini.

Sehingga kini, MARDI telah menghasilkan 37 jenis padi manakala yang popular ialah MR219 yang ditanam di lebih 90 peratus kawasan sawah padi negara. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment