My Add

Tuesday 6 August 2013

Pahang minta bantuan polis kekang Syiah

PEKAN, SELASA, 06 Ogos, 2013: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (Muip) akan bekerjasama dengan pihak polis untuk memantau dan mengekang pergerakan ajaran Syiah daripada terus menular di negeri ini.

Yang Dipertua Muip, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, ia adalah tindakan susulan yang akan dilaksanakan Muip selepas terdapat dakwaan ajaran itu mula menyusup masuk ke kawasan tanah rancangan Felda di negeri ini.

"Kita tidak boleh buat tindakan agresif, sebab perlu wartakan dahulu (pengharaman ajaran syiah). Muip akan melantik pegawai-pegawai agama dan mendapatkan kerjasama polis untuk meninjau masalah ini (penyebaran ajaran Syiah) yang dilaporkan berlaku di kawasan Felda dan juga tempat-tempat lain di negeri ini.

"Kalau perlu diambil tindakan, kita akan ambil tindakan...mereka (penyebar) perlu memahami undang-undang ini dan perlu mengetahui risikonya (menyebarkan syiah)," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama peserta Projek Agropolitan Tanjung Batu, dekat sini, semalam.- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment