My Add

Monday 5 August 2013

Panglima puas hati prestasi Malcoy 8 di Lubnan

KUANTAN, ISNIN, 05 Ogos, 2013: Kejayaan Malaysian Company 8 (Malcoy 8) melaksanakan misi 12 bulan di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan diharap dapat meniup semangat seluruh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menyertai misi luar negara.

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, Malcoy 8 bukan sahaja berjaya meneruskan prestasi siri Malcoy terdahulu tetapi juga meningkatkan imej negara melalui kejayaan dalam aktiviti sukan anjuran Pasukan Interim PBB (Unifil).

"Penglibatan MALCOY 8 dalam melaksanakan program khidmat kemasyarakatan atau CIMIC amat dihargai oleh masyarakat setempat dan mendapat pujian bukan sahaja dalam kalangan penduduk tempatan malah pemimpin-pemimpin Lubnan sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perbarisan Pembubaran Malcoy 8 dan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-bangsa Bersatu kepada 360 anggota Malcoy 8 di Kem Batu 10, di sini hari ini.

Zulkifeli dalam ucapannya turut merakamkan penghargaan kepada 10 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang menyertai misi itu bersama Malcoy 8 atas semangat kerjasama.

Misi Malcoy 8 yang diketuai oleh Lt Kol Hamdan Ismail bermula 14 Julai 2012 dan berakhir 31 Julai lepas di Kem Kawkaba, Lubnan, Sektor Timur Unifil.

Pasukan itu digantikan oleh Malcoy 9 yang berkhidmat di Kem Marakah, Lubnan, Sektor Barat Unifil sejak awal Julai lalu sehingga 23 Julai tahun depan. -BERNAMA 

No comments:

Post a Comment