My Add

Thursday 22 August 2013

Pelabur China rancang projek pelancongan mega

Oleh FADZLY IZAB

MELAKA, KHAMIS, 22 0gos, 2013: Melaka terus menjadi pilihan pelabur-pelabur luar yang melihat negeri ini sebagai destinasi pelaburan baharu berpotensi tinggi dan menguntungkan terutamanya dalam sektor pelancongan.

Pengerusi WESB Group, Tan Sri Abdul Rahim Noor berkata, perkara itu dibuktikan dengan minat mendalam pelabur kumpulannya dari China yang mahu membawa masuk pelaburan besar ke negeri ini.

Menurutnya, WESB Group yang mengetuai konsortium pelabur dari Shanghai, China telah mengemukakan kertas cadangan pembangunan projek pelancongan mega di kawasan tambak laut di negeri ini kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan kelulusan.

''Projek pelancongan mega dengan kos mencecah bilion ringgit itu dilihat berpotensi melonjakkan sektor pelancongan negeri seterusnya membantu menjana pertumbuhan baharu pelbagai sektor hiliran lain seperti industri perkhidmatan dan perniagaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Menteri, Datuk Idris Haron di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment