My Add

Saturday 3 August 2013

Pemilihan UMNO berperanan kenal pasti individu berminat galas tanggungjawab

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Ogos, 2013: Pemilihan UMNO yang dijangka berlangsung Disember ini berperanan sebagai pemudah cara untuk parti mengenal pasti individu yang benar-benar berminat menggalas tanggungjawab kepada rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jentera kepemimpinan parti perlu menggunakan kesempatan yang ada bagi menghalusi semua calon bertanding.

Menurut beliau, peluang dan ruang harus diberikan kepada calon yang berkebolehan memberikan khidmat kepada rakyat dengan berkesan.

"Sesiapa (calon) yang kita lihat bersungguh - sungguh, bersedia dan berminat melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat, (calon) itu yang patut diberi tanggungjawab," katanya semasa berucap merasmikan majlis berbuka puasa anjuran Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dan UMNO Titiwangsa di sini sebentar tadi. - BH

No comments:

Post a Comment