My Add

Monday 5 August 2013

Pemimpin Qaeda kutuk penyingkiran Mursi

 Ayman al-Zawahiri

WASHINGTON, AHAD, 04 Ogos, 2013: Pemimpin kumpulan pengganas al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri menyampaikan mesej terbaharunya yang disiarkan dalam beberapa laman web pada hari yang sama kerajaan Amerika Syarikat (AS) memberi amaran tentang ancaman keganasan global, kelmarin.

Dalam rakaman audio selama 14 minit itu, pemimpin berusia 62 tahun berkenaan mengutuk penggulingan bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi oleh pihak tentera yang turut didakwa didalangi oleh AS dan Israel.

Katanya, golongan yang menentang, sekular, pro-Amerika, pengikut bekas Presiden, Hosni Mubarak dan beberapa ahli parti Islam yang menerima duit daripada negara-negara Teluk dan berkomplot dengan AS, kesemuanya sepakat untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Mursi.

Rakaman Ayman tersebut merupakan yang kedua disiarkan pada minggu lalu, namun rangkaian kabel televisyen CNN tidak dapat memastikan kesahihannya rakaman itu.

Pemimpin kumpulan pengganas tersebut mendakwa, pihak yang terlibat menggulingkan Mursi, sebenarnya mahukan Presiden yang sekular dan pro-Amerika untuk memerintah Mesir supaya rancangan AS dan Zionis bagi memisahkan negara itu dapat diteruskan seperti yang berlaku di Sudan.

Dalam satu lagi mesej yang disiarkan minggu ini, dipercayai dirakam pada 5 Jun lalu, Ayman mengecam AS atas layanan buruk yang diberikan terhadap tahanan di penjara tentera di Teluk Guantanamo sehingga menyebabkan banduan melancarkan mogok lapar.

Selain itu, Ayman menyeru umat Islam agar bersatu dan berjuang demi agama.

Awal pagi kelmarin, Jabatan Negara AS mengeluarkan amaran ekoran ancaman pengganas yang jelas.

Amaran tersebut dikeluarkan selepas agensi risikan AS memintas komunikasi antara anggota al-Qaeda yang membincangkan rancangan untuk melancarkan serangan ke atas kepentingan AS di Timur Tengah.

"Maklumat tentang rancangan tersebut sangat berbeza berbanding perbualan biasa," kata seorang pegawai AS yang enggan dikenali. - AGENSI/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment