My Add

Thursday 22 August 2013

Pengurusan Genting turut bersedih

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Ogos, 2013: Resort World Genting melahirkan rasa sedih terhadap tragedi nahas sebuah bas yang terjunam ke dalam gaung di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur.

Naib Presiden Genting Malaysia Berhad, Katherine Chew berkata, bas terbabit dalam nahas itu merupakan kenderaan awam yang beroperasi setiap hari dari Genting ke Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

"Kita sedih dengan kejadian ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas terburuk ini.

"Pihak pengurusan telah menghantar 130 petugas termasuk doktor, ambulans dan peralatan seperti kren serta makanan ke tempat kejadian bagi membantu apa yang perlu," katanya dalam kenyataan akhbar di sini malam ini.

Dalam pada itu, jalan dari Kuil Chin Swee di KM2 sehingga KM4.3 telah ditutup namun jalan ke tempat peranginan itu masih boleh digunakan. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment