My Add

Monday 5 August 2013

Penjual mercun, bunga api ditahan di Besut

BESUT, AHAD, 04 Ogos2013: Polis menahan seorang lelaki dan merampas empat kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api dalam pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Paya Rawa, Kampung Raja di sini semalam.

Lelaki berusia 22 tahun itu disyaki menjalankan aktiviti penjualan bunga api di kampung itu, kata Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria.

Beliau berkata kesemua bunga api dan mercun itu ditemui dalam kereta Toyota LE milik pemuda berkenaan yang diletakkan di dalam sebuah garaj di rumahnya itu.

"Pemeriksaan polis pada pukul 6.30 pagi itu adalah hasil maklumat orang awam," katanya di sini hari ini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment