My Add

Wednesday 7 August 2013

Penoreh getah warga Thailand maut ditetak perompak di Gua Musang

KOTA BHARU, RABU, 07 Ogos, 2013: Seorang penoreh getah warga Thailand maut ditetak dalam kejadian rompakan di sebuah rumah kongsi di Gua Musang, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata dalam kejadian pada kira-kira 10 malam itu, mangsa yang kenali sebagai Ket, 54 berada bersama isteri di rumah kongsi berkenaan, secara tiba-tiba didatangi empat penjenayah bertopeng dan bersenjatakan parang.

"Mangsa cuba melawan namun salah seorang daripada lelaki berparang itu bertindak menetak di bahagian kiri kepala mangsa," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Kumpulan perompak itu melarikan barangan kemas, sebuah telefon bimbit dan wang tunai yang dianggarkan berjumlah RM1,800.

Mazlan berkata, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang.

Sementara itu, Mazlan berkata, polis mengenal pasti dua lelaki yang dapat membantu menyelesaikan kes kematian seorang lagi penoreh getah di Pasir Puteh, pada Isnin.

"Dua lelaki itu adalah Tuan Mohd Rizdwan Tuan Mohamad, 24, dan Norhisham Mohamad Nor, 29, berasal dari Kampung Telosan dan kami percaya kedua-dua mereka masih berada d kawasan kejadian," katanya. 

Beliau berkata, si mati dipercayai mengenali kedua-dua lelaki itu dan motif pembunuhan dipercayai membabitkan dendam serta perniagaan dadah.

Dalam kejadian itu Amirul Tajo Nasir, 40, maut selepas terkena beberapa das tembakan dalam kejadian di sebuah kedai makan di Kampung Telosan pada jam 5.35 pagi.

Turut cedera di lutut adalah pelayan kedai makan berkenan, Norhadiana Zakaria, 25, yang kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment