My Add

Friday 2 August 2013

Perodua beri pemeriksaan percuma sempena hari raya

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Ogos, 2013: Perodua akan memberikan pemeriksaan percuma kepada pemilik kenderaannya bagi memastikan perjalanan yang selamat dan lancar semasa bulan Ramadan dan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Pasukan tweckbotnya akan ditempatkan di gedung membeli belah terpilih di Kota Baharu, Shah Alam, Subang USJ, Alor Setar dan Batu Pahat.

Dan bagi tahun keempat berturut-turut, Perodua akan menyertai kempen Petronas Coffee Break dengan menawarkan pemeriksaan percuma bagi semua penggunanya di kawasan rehat Ayer Keroh dan Tapah.

"Kami akan menawarkan pemeriksaan percuma 50-mata bagi semua kenderaan Perodua semasa kempen Tweckbot dan Petronas Coffee Break,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh dalam satu kenyataan hari ini.

Pemeriksaan itu termasuk memeriksa enjin, sistem penyejukan, sistem brek, stereng kuasa, sistem cekam, tayar dan gantungan serta sistem elektrik (bateri, lampu dan pengelap).

Bagi mendapatkan perkhidmatan percuma itu, pengguna Perodua perlu mempunyai akaun Twitter dan membuat temu janji dengan pasukan Tweckbot menerusi @MYPerodua atau facebook MYPerodua apabila pasukan itu berada di gedung membeli belah masing-masing, katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment