* RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) merekodkan suspek yang memakai penutup muka memecah dan melarikan mesin wang automatik (ATM) di salah sebuah bank di pekan Kulai, awal pagi tadi. - Foto NSTP |
Dalam kejadian antara jam 2.30 hingga 2.45 pagi itu, dipercayai sekumpulan tiga hingga lima penjenayah melarikan sebuah mesin ATM menggunakan kenderaan pacuan empat roda sebelum dibawa lari menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV).
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya, ketika dihubungi hari ini, mengesahkan kejadian terbabit dan katanya pihak polis kini masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti dan mengesan penjenayah itu. - BH
No comments:
Post a Comment