My Add

Tuesday 27 August 2013

Pesta adat budaya, tradisi NS di Seremban Khamis ini

SEREMBAN, SELASA, 27 Ogos, 2013: Pesta Adat Budaya dan Tradisi Negeri Sembilan akan diadakan di perkarangan Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan (JKKNNS) dan Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS), di sini Khamis ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu Negeri, Abd. Razak Ab. Said berkata, program anjuran bersama JKKNNS dan LMNS itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelancong dan golongan belia mengenai adat, budaya dan tradisi Negeri Sembilan.

"Pesta sehari ini merupakan 'Olek Ghayo' sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berkonsepkan adat, budaya dan tradisi Negeri Sembilan. Pesta ini akan memaparkan keunikan adat negeri ini sebagai satu tarikan pelancong," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara aktiviti yang akan diadakan pada pesta itu ialah pameran, demonstrasi masakan tradisional Negeri Sembilan, persembahan kebudayaan dan kesenian, makan bersilo, titik sentuhan dan mesra rakyat.

"Pengacara majlis pada program ini ialah Ebby Yus dan Jihan (Raja Lawak), manakala antara artis yang akan mengadakan persembahan ialah Waris, Lan Typewriter, Nubhan AF, Ally Noor dan Mastura serta Kumpulan Kesenian JKKNNS," katanya yang menyasarkan lebih 3,000 pengunjung akan hadir pada hari itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment