My Add

Tuesday 13 August 2013

Petisyen: Pas kemuka bantahan awal kedua

KOTA BHARU, ISNIN, 12 Ogos, 2013: Pas sekali lagi mengemukakan bantahan awal terhadap petisyen yang difailkan Barisan Nasional (BN) bagi mencabar keputusan kerusi Parlimen Bachok dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bantahan itu dikemukakan semasa Mahkamah Pilihan Raya di sini sepatutnya mendengar perbicaraan serentak kedua-dua petisyen itu selama sembilan hari bermula hari ini.

Berikutan itu, Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim menetapkan 18 Ogos ini untuk keputusan bantahan tersebut.

Pada 10 Julai lalu, Hakim Zamani menolak bantahan awal yang dikemukakan pihak responden daripada Pas bagi membatalkan kedua-dua petisyen yang difailkan calon BN masing-masing dengan kos RM30,000.

Dalam prosiding hari ini, peguam Mohd. Ilyas Mohd. Noor yang mewakili pempetisyen dalam hujah balasnya berkata, isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak responden telah dibangkitkan pada bantahan awal dahulu dan memohon mahkamah membatalkan bantahan awal kali kedua itu dengan kos sebanyak RM80,000.

Peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili responden dalam hujahnya berkata, pihaknya mengemukakan sekali lagi bantahan awal berikutan terdapat isu-isu baharu yang tidak dibangkitkan pada bantahan awal pada 10 Julai lalu. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment