My Add

Wednesday 7 August 2013

Pihak berkuasa Greece kekang kebakaran hutan

ATHENS, RABU, 07 Ogos, 2013: Pihak berkuasa negara ini mengumumkan langkah-langkah berjaga-jaga bagi mengelak berlakunya kebakaran hutan ketika angin dan suhu panas melanda ketika ini selepas anggota bomba memadamkan kebakaran besar di utara ibu negara Greece sehingga larut malam.

Menteri Ketenteraman Awam, Nikos Dendias berkata, risiko kebakaran "kritikal" tidak dapat dielakkan berikutan angin kencang dan keadaan kering.

Suhu dan cuaca panas serta angin kencang yang sering melanda antara Julai dan Ogos menyebabkan negara berkenaan berdepan kebakaran hutan dan tanah pertanian.

Pada 2007, kebakaran hutan di kawasan hutan dan perkampungan terutama di selatan negara itu mengakibatkan kira-kira 70 orang terbunuh. - AP/BH

No comments:

Post a Comment