My Add

Wednesday 21 August 2013

Pistol disamun dari anggota polis ditemui semula

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Ogos, 2013: Polis merampas sepucuk pistol yang dilapor disamun dari seorang anggota polis tahun lepas di Kampung Subang, Selangor.

Senjata semi auto jenis Walther P99 itu dirampas dari seorang lelaki berumur 23 tahun di kawasan perkampungan setinggan di Bukit Lanjan dekat sini dua hari lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, lelaki tersebut dipercayai merupakan suspek yang menyamun senjata berkenaan dari anggota polis tersebut ketika cuba menahan suspek.

Beliau berkata, suspek juga dipercayai terlibat dengan satu kes bunuh dan cuba menembak anggota polis dalam satu sekatan jalan raya awal bulan ini di Kamunting, Perak dan mempunyai lima rekod jenayah lampau antaranya membabitkan kes samun dan dadah.

"Suspek sedang khayal kerana disyaki dipengaruhi dadah semasa ditahan dan pemeriksaan polis menemui sepucuk pistol semi auto jenis Walther P99 berisi kelopak kosong yang diselitkan di pinggangnya.

"Polis turut merampas dua telefon bimbit, dua bilah pisau dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC yang dilaporkan hilang di Bangi pada 13 Feb lepas," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohmad berkata, suspek direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment