My Add

Saturday 3 August 2013

PKS tidak akan rugi dengan TPP

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Ogos, 2013: Kebimbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan diambil kira apabila Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dilaksanakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp), Datuk Hafsah Hashim, berkata TPP yang sedang dirundingkan oleh 12 negara itu akan mengambil kira PKS Malaysia terlebih dahulu.

"Ada satu bab mengenai PKS di mana perunding akan membincangkan tentang program bina upaya untuk dimasukkan (ke dalam perjanjian itu) untuk memastikan PKS negara-negara yang mengambil bahagian akan bersedia apabila TPP dikuat kuasakan," katanya.

Hafsah berkata demikian pada satu taklimat media selepas pelancaran buku Carol Fung bertajuk 'Guide to the Business of Online Retailing', di sini hari ini.

Beliau berkata PKS tidak harus bimbang kerana kerajaan akan memastikan bahawa kebimbangan syarikat tempatan dibincangkan.

Mengenai sama ada syarikat tempatan sudah cukup bersedia bagi TPP, beliau berkata menjelang 2015, seluruh Asean akan melaksanakan perdagangan tarif sifar dan mereka akan bersedia ketika itu.

"Kita mahu pastikan PKS tidak rugi apabila semua ini dilaksanakan," tegas Hafsah.

Negara-negara yang mengambil bahagian dalam rundingan TPP ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Jepun, Singapura, AS dan Vietnam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment