My Add

Thursday 22 August 2013

PM hadir majlis Aidilfitri Kementerian Komunikasi dan Multimedia

PUTRAJAYA, KHAMIS, 22 Ogos, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengunjungi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Dataran Gemilang di sini.

Ketibaan Najib di perkarangan Dataran itu pada kira-kira 1.30 tengah hari disambut oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan perdana menteri berada di majlis itu selama kira-kira 45 minit.

Majlis yang berlangsung sehingga lewat petang itu menyaksikan lebih 15,000 tetamu menjamah hidangan yang disediakan oleh berpuluh gerai yang dikendalikan oleh jabatan dan agensi di bawah KKMM.

Ia turut dimeriahkan dengan penampilan dua pentas yang menyaksikan barisan artis ternama baharu dan lama tanah air membuat persembahan nyanyian dan hiburan yang berkonsepkan sambutan hari raya.

Ahmad Shabery dalam persidangan media sejurus selepas Najib meninggalkan majlis berkata, warga kementerian amat berbesar hati dan menghargai kunjungan Perdana Menteri ke majlis itu.

Beliau berkata, ini merupakan kali pertama sambutan Aidilfitri KKMM diadakan di Putrajaya kerana sebelum ini ia sering diadakan di perkarangan Angkasapuri, di ibu kota. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment