PM minta rakyat pertahan keamanan
PEKAN, AHAD, 04 Ogos, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keamanan dan kemakmuran yang dikecapi di negara ini perlu dipertahankan.
Katanya, rakyat perlu bersyukur kerana dapat melaksanakan urusan seharian dan beribadat tanpa gangguan.
"Ada di negara lain yang terpaksa sambut puasa dan hari raya dalam peperangan, konflik dan sebagainya...negara kita jauh lebih baik,' katanya ketika berucap pada majlis penyampaian zakat bagi kawasan Parlimen Pekan, di sini, hari ini.
Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.
Perdana Menteri berkata, keamanan dan kemakmuran yang dikecapi yang turut membolehkan umat Islam berpuasa dan berzakat dengan sempurna pada Ramadan ini juga menunjukkan negara ini diberkati Allah. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment