My Add

Wednesday 7 August 2013

PM rasmi UTC Kedah 16 Ogos ini

ALOR SETAR, SELASA, 06 Ogos, 2013: Lebih 20,000 penduduk negeri ini dijangka memeriahkan perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah di Jalan Kolam Air di sini dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 Ogos ini.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, orang ramai termasuk penduduk di luar Alor Setar dijemput hadir memeriahkan majlis bersama-sama Perdana Menteri pada hari bersejarah itu.

"UTC Kedah adalah yang kelima diwujudkan oleh kerajaan untuk memberi khidmat terbaik kepada penduduk dengan pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, pelbagai aktiviti lain turut diatur bermula 15 Ogos bagi memeriahkan sambutan tersebut seperti pertandingan futsal terbuka pada 15 dan 16 Ogos ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment