My Add

Thursday 22 August 2013

Polis Indonesia tahan suspek cuba bom kedutaan Myanmar

JAKARTA, KHAMIS, 22 Ogos, 2013: Polis Indonesia menahan empat lelaki yang disyaki terlibat dalam rancangan pengeboman kedutaan Myanmar di sini, semalam.

Rancangan pengeboman itu adalah kerana kemarahan masyarakat Islam Indonesia yang semakin meningkat terhadap penindasan etnik Rohingya Myanmar yang kebanyakannya menganut agama Buddha.

“Kami menahan empat suspek yang terlibat dalam (rancangan) pengeboman kedutaan Myanmar," kata jurucakap polis kebangsaan, Ronny Sompie sambil menambah kesemua mereka ditahan dalam serbuan antara Sabtu dan Selasa. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment