My Add

Saturday 3 August 2013

Premis perniagaan peruncitan untuk masyarakat luar bandar

TANJONG KARANG, JUMAAT, 02 Ogos, 2013: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan membina premis perniagaan bagi menggalakkan masyarakat luar bandar menceburkan diri dalam bidang peruncitan.

Menterinya Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata beberapa kawasan telah dikenal pasti untuk pembinaan premis berkenaan peruncitan itu, tahun ini.

"Kita sedang dalam fasa penumpuan untuk meningkatkan taraf ekonomi masyarakat luar bandar termasuk dalam bidang perusahaan dan peruncitan," katanya.

Katanya, kos pembinaan setiap premis perniagaan peruncitan itu ialah antara RM500,000 hingga RM1 juta bergantung kepada kawasan.

"Tumpuan kita kini untuk menyediakan kemudahan kepada penduduk luar bandar supaya dapat menjana aktiviti sebagai sumber ekonomi mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Program Ihya' Ramadan di Masjid Jamiul Khair di sini malam ini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment