My Add

Monday 5 August 2013

Presiden baru Iran ikrar terus sokong Assad

BEIRUT, ISNIN, 05 Ogos, 2013: Presiden baru Iran, Hasan Rouhani hari ini menegaskan bahawa negara itu akan terus menyokong rejim Bashar Assad di Syria dengan berkata tiada kuasa tentera di dunia mampu menggegarkan hubungan dua hala yang berdekad lamanya itu.

Rouhani memberi penjelasan itu ketika tentera Syria dan pejuang pemberontak sedang bertempur di kawasan pergunungan di wilayah pantasi di Latakia, yang menjadi kubu kuat Assad.

Rouhani berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Syria, Wael al-Halqi, di ibu negeri Tehran, demikian lapor agensi berita SANA.

Syria menjadi rakan sekutu utama Tehran di benua Arab sejak Revolusi Islam Iran pada 1979.

Iran juga adalah penyokong kuat Assad sejak krisis Syria bermula.

Tehran dipercayai menyalurkan bantuan berbilion dolar sejak negara itu dilanda krisis pada Mac 2011.

Iran yang menaungi pergarakan Hezbollah juga dilaporkan menghantar pejuang ke Syria untuk meningkatkan keupayaan pertahanan tentera rejim Assad. - AP/BH

No comments:

Post a Comment