My Add

Friday 9 August 2013

Presiden Obama ucap salam Aidilfitri kepada umat Islam

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 08 Ogos, 2013: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan isteri, Michelle hari ini mengucapkan salam Aidilfitri kepada umat Islam di seluruh dunia.

Dalam kenyataan Pejabat Setiausaha Akhbar White House, Obama berkata sejak bebarapa bulan lalu, umat Islam memuliakan agama mereka dengan berdoa, beribadah serta berpuasa selain menghabiskan masa dengan orang tersayang.

"Michelle dan saya mengucapkan salam (Aidilfitri) kepada umat Islam yang menyambut Aidilfitri di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia.

"Bagi berjuta-juta rakyat Amerika, Aidilfitri adalah sebahagian daripada pelbagai tradisi Amerika dan saya berharap supaya semua Muslim diberkati dan penuh kegembiraan. Salam Adilfitri," kata Obama.

Beliau berkata, iftar di White House tahun ini, beliau bangga dapat menghabiskan masa dengan ramai rakyat Islam Amerika yang mana sumbangan mereka menyuburkan demokrasi dan mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat.

"Ramai daripada kita mempunyai peluang berbuka puasa dengan sahabat Islam dan rakan-rakan - satu tradisi yang mengingatkan kita untuk bersyukur serta menunjukkan belas kasihan kepada golongan kurang bernasib baik dalam kalangan kita, termasuk berjuta-juta rakyat Syria yang dipindah dan berjauhan dari keluarga serta orang tersayang, semasa Ramadan," katanya.

Menurut kenyataan itu, Obama berkata bagi membantu rakyat Syria ketika Aidilfitri ini, Amerika menyediakan bantuan makanan tambahan sebanyak AS$195 juta (RM643.6 juta) dan bantuan kemanusiaan lain, sekali gus menyaksikan sumbangan AS kepada rakyat Syria mencecah lebih AS$1 bilion (RM3.25 bilion), sejak krisis bermula.
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment