My Add

Monday 12 August 2013

Rais Zainuddin tentang Mohamad Hasan Ketua UMNO Rembau

Oleh NAZARUDIN SHAHARI

REMBAU, AHAD, 11 Ogos, 2013: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Chembong, Datuk Mohamad Rais Zainuddin hari ini mengumumkan menawarkan diri bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Rembau pada pemilihan UMNO tahun ini.

Jawatan itu kini disanding oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Pada masa ini, Mohamad Rais, 57, adalah Ketua UMNO Cawangan Air Hitam, Chembong dan Pengerusi Alumni Kelab UMNO Luar Negara.

"Saya mengambil keputusan untuk bertanding jawatan tersebut setelah mendapat maklum balas positif daripada ahli di peringkat akar umbi," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment