My Add

Monday 5 August 2013

Rakyat Australia mengundi pada 7 September

MELBOURNE, AHAD, 04 Ogos, 2013: Rakyat Australia akan mengundi pada 7 September, Perdana Menteri, Kevin Rudd mengumumkan hari ini.

"Ia akan diadakan. Beberapa ketika lalu, saya berjumpa Gabenor Jeneral dan meminta beliau membubar Parlimen dan mengadakan pilihan raya Persekutun pada 7 September.

"Rakyat Australia kini mempunyai pilihan. Saya mempunyai visi positif mengenai negara yang kita inginkan.

"Dalam pilihan raya ini, saya akan bercakap dengan rakyat Australia di seluruh negara mengenai sekolah yang lebih baik untuk anak-anak kita, pelaburan agar kita dapat mencipta pekerjaan yang baik, dan mengenai bagaimana Rangkaian Jalur Lebar Negara boleh menjadikan ekonomi kita kukuh," katanya dalam e-mel.

Rudd terbang ke Canberra dari Brisbane selepas mengadakan perjumpaan dengan Gabenor Jeneral di kediaman rasmi. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment