My Add

Sunday 4 August 2013

Ramai akauntan Malaysia hijrah

MELBOURNE, SABTU, 03 Ogos, 213: Rakyat Malaysia merupakan antara ribuan akauntan asing yang diimport kerajaan Australia menerusi program migrasi tenaga mahir, walaupun satu daripada jabatannya memberi amaran bahawa industri itu telah berlebihan.

Akhbar Herald Sun melaporkan, akauntan masih dimasukkan dalam senarai Jabatan Imigresen sebagai profesion yang diperlukan Australia dan atas sebab itu, hampir 7,000 diberikan visa tetap pada 2011-2012, kumpulan tunggal pekerjaan terbesar.

Jumlah itu termasuk lebih 2,000 rakyat China, 1,260 dari India, 367 lagi Sri Lanka dan jumlah sama bagi rakyat Malaysia dan Pakistan.

Bagaimanapun, Jabatan Pendidikan, Pekerjaan dan Hubungan Tempat Kerja melaporkan, terdapat lebihan bekalan akauntan dengan purata 30 permohonan bagi setiap kekosongan jawatan.

''Sebahagian besar pemohon telah diberi pertimbangan tidak sesuai oleh majikan walaupun kebanyakan mereka mempunyai kelayakan.

''Kebanyakannya tidak mempunyai pengalaman berkaitan, atau pengetahuan khusus industri, tidak cukup layak dan kemahiran komunikasi yang lemah,'' kata laporan Pasaran Buruh Penyelidikan Akauntan 2011-2012.

Pakar penghijrahan Universiti Monash, Dr. Bob Birrell berkata, akauntan akhbar adalah kumpulan tunggal terbesar pekerja asing mahir tetapi jabatan kerajaan sendiri mengakui berlaku kekurangan akauntan di Australia. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment