My Add

Wednesday 21 August 2013

Rapatkan jurang generasi dalam sektor awam

PUTRAJAYA. SELASA, 20 Ogos, 2013: Pengurusan bakat di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) perlu dimantapkan bagi merapatkan jurang perbezaan dan masalah komunikasi di antara generasi baru dan lama dalam perkhidmatan awam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun berkata, perkhidmatan awam kini terdiri daripada empat generasi yang jauh berbeza serta mempunyai persepsi berbeza dalam melaksanakan kerja.

"Dengan adanya Baby Boomers, generasi X, Y dan Z yang jurang usianya hampir 40 tahun di antara yang tua dan muda, maka wujudlah pelbagai perspektif, keperluan dan sikap yang berbeza.

"Walaupun kepelbagaian dalam tenaga kerja ini menggalakkan rangkaian bakat yang lebih luas, selalunya boleh membawa pada idea yang bercanggah dan stereotaip," katanya dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mampu di Dewan Seri Siantan, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Mampu, Datuk Omar Kaseh.

Joseph Entulu berkata, setiap kumpulan pekerja itu dibentuk oleh pengalaman yang unik berdasarkan cara mereka membesar dan melaksanakan tanggungjawab. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment