My Add

Monday 5 August 2013

Remaja berpistol ditembak mati polis di New York

NEW YORK, ISNIN, 05 Ogos, 2013: Polis New York menembak mati seorang budak lelaki berusia 14 tahun selepas mangsa dilaporkan mengejar dan mengamcam untuk menembak seorang lelaki, awal hari ini.

Dua pegawai polis bergegas ke tempatan kejadian di Bronx sebaik mendengar bunyi tembakan kira-kira jam 3 pagi, kata Jabatan Polis New York dalam satu kenyataan.

Pegawai polis yang menjalankan siasatan menjumpai remaja berkenaan yang dikenali Shaaliver Douse yang bersenjatakan senapang 9 milimeter yang sedang mengacu untuk menembak seorang lelaki.

“Kami mengarahkannya untuk mencampakkan senjata selepas memperkenalkan kami sebagai anggota polis.

"Namun remaja berkenaan tidak mengendahkan arahan itu dengan senapang berkenaan masih di tangannya," kata kenyataan itu.

“Susulan itu, salah seorang pegawai melepaskan satu tembakan dan peluru mengenai rahang kiri mangsa sebelum mati di tempat kejadian," - AFP/BH

No comments:

Post a Comment