My Add

Sunday 11 August 2013

Rumah ibadat kerugian RM21,000 dipecah masuk

PETALING JAYA, SABTU, 10 Ogos, 2013: Sebuah rumah ibadat Sathya Sai Baba di Taman Universiti di sini, kerugian RM21,000 selepas dipecah masuk malam semalam.

Penasihat rumah ibadat itu, Dr R. Vijendran berkata, kejadian disedari kira-kira 7 pagi tadi oleh seorang pekerja.

"Beberapa barang berharga telah dilarikan termasuk 'patung sembahyang' yang dianggarkan bernilai RM12,000, peralatan muzik, dan kamera video," katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian hari ini.

Polis dari Balai Sungai Way mengesahkan menerima laporan kejadian. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment