My Add

Monday 5 August 2013

Rumah terbuka MB N. Sembilan di Rantau, Sabtu ini

SEREMBAN, ISNIN, 05 Ogos, 2013: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamed Hasan akan mengadakan rumah terbuka sempena Aidilfitri di Kampung Tanjung, Rantau, dekat sini pada Sabtu ini.

Beliau berkata, rumah terbuka itu akan berlangsung dari 10 pagi hingga 5 petang.

"Saya seisi keluarga menjemput semua warga negeri ini supaya datang beramai-ramai pada hari tersebut," katanya di sini hari ini.

Menurut Mohamed, pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan bas dan van percuma yang disediakan di Stesen Petronas, pekan Rantau; tempat letak kereta berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hua Rantau; simpang masuk ke Bandar Ekar dan di dewan mini Kampung Kanchong.

Rumah terbuka kerajaan negeri pula akan pada 1 Syawal di pekarangan Dewan Undangan Negeri dari 10 pagi hingga 2 petang, katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment