My Add

Wednesday 7 August 2013

Rumah terbuka PM dan jemaah menteri pada raya pertama

PUTRAJAYA, SELASA, 06 Ogos, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama anggota jemaah menteri akan mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri, di Kompleks Seri Perdana pada raya pertama, mulai 10.30 pagi hingga 4 petang.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis itu dan bagi memastikan kelancaran trafik orang ramai diminta mengunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang disediakan percuma.

Perkhidmatan bas akan beroperasi bermula 9 pagi hingga 5.30 petang dari tiga lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Laman Perdana 1Malaysia dan Masjid Putra.

Orang ramai boleh meninggalkan kenderaan masing-masing di tiga lokasi berkenaan untuk menaiki bas dengan kekerapan selang 15 minit.

Aidilfitri dijangka disambut Khamis ini.

Sementara itu, majlis rumah terbuka Perdana Menteri selaku Ahli Parlimen Pekan akan diadakan pada 17 Ogos (Sabtu) bermula 10 pagi hingga 2 petang di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Kenyataan itu juga mengingatkan petugas media yang membuat liputan di Seri Perdana supaya mempamerkan kad perakuan media yang dikeluarkan Jabatan Penerangan sebelum memasuki kawasan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment