My Add

Saturday 10 August 2013

Samy Vellu nafi diminta oleh Pak Lah letak jawatan pada 2007

Oleh THOMAS CHONG

PUTRAJAYA, JUMAAT, 09 Ogos, 2013: Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menafikan beliau pernah diminta melepaskan jawatan tertinggi parti oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi setahun sebelum pilihan raya umum 2008.

"Tidak (berlaku perkara ini). Tiada sesiapa yang boleh meminta saya meletak jawatan kerana ini merupakan hak mutlak saya," katanya ketika diminta mengulas kandungan buku Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia yang memetik komen Abdullah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam majlis rumah terbuka Perdana Menteri bersama menteri-menteri Kabinet di Seri Perdana, di sini semalam.

Media sebelum ini melaporkan, Abdullah dalam buku tersebut menyatakan beliau tidak menyukai cara Samy Vellu menyelesaikan beberapa isu dan cuba menasihatkan pemimpin veteran itu bersara lebih awal. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment