My Add

Wednesday 7 August 2013

Semua dalam UMNO berhak bertanding pada pemilihan parti akan datang: Anifah

KOTA KINABALU, SELASA, 6 Ogos, 2013: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini menjelaskan "setiap orang dalam UMNO berhak bertanding dalam pemilihan parti akan datang".

Anifah semalam dipetik sebagai berkata beliau optimis Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman akan menerima sokongan padu daripada UMNO Sabah sekiranya beliau memutuskan untuk bertanding satu daripada tiga jawatan naib presiden UMNO pada pemilihan parti Oktober ini.

"Saya percaya sekiranya Ketua Menteri mahu bertanding jawatan naib presiden, saya pasti beliau akan mendapat sokongan padu dari Sabah," Anifah dipetik berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran kementeriannya di sini.

Anifah, adik Musa, diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak pada Sabtu bahawa Musa adalah pilihan tepat untuk bertanding satu daripada tiga jawatan naib presiden.

Salleh dipetik sebagai berkata bahawa Musa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri adalah seorang pemimpin berwawasan, berpengalaman dan memiliki kualiti kepimpinan baik. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment