My Add

Monday 5 August 2013

Seorang lagi mangsa nahas Sungai Petani meninggal

Oleh OPAT RATTANACHOT

SUNGAI PETANI, ISNIN, 05 Ogos, 2013: Seorang lagi mangsa kemalangan negeri di Jalan Sidam Kiri-Padang Serai dekat sini petang semalam, Hou Guan Ting, 18, meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), hari ini.

Bapa tirinya, Law Rence Teh, 48, berkata pembantu kedai itu menghembuskan nafas terakhir jam 9.30 pagi semasa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital terbabit, menjadikan jumlah keseluruhan lima mangsa maut akibat kemalangan itu.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 5.40 petang itu, empat bersaudara termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum bertembung dengan sebuah lori.

Nahas ngeri itu berlaku ketika kereta Nissan Sunny tersebut dalam perjalanan dari arah Padang Serai ke Sungai Petani sebelum terbabas lalu merempuh lori dari arah bertentangan.

Mangsa yang maut ialah pemandu kereta itu, Tan Sou Kim, 50; dan penumpangnya, Tan Siew Chin@Daod Serni, 45; Ong Siew Yan, 40; serta kanak-kanak perempuan, Tan Jit May, 11.

Lawrence berkata, Siew Chin merupakan isteri kepadanya sementara mangsa yang mati lain mempunyai hubungan adik-beradik.

"Kesemua mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Pekan Lama, Sungai Petani. Sebelum itu, semua mereka pergi bersembahyang di sebuah Wat Siam berdekatan,'' katanya.

Eksekutif jualan syarikat itu berkata, mayat kesemua mangsa akan ditempatkan di Dewan Pertubuhan Cina Pekan Lama di sini sebelum disempurnakan esok. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment