My Add

Tuesday 6 August 2013

Seri Paduka dipersembah 15 kek Aidilfitri

 * TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Tuanku Hajah Haminah berkenan melihat kek bertemakan seni bina Islam yang dipersembahkan oleh Hotel Holiday Villa Subang semasa Majlis Persembahan Kek Sempena Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR, ISNIN, 05 Ogos, 2013: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan menerima persembahan kek sempena sambutan Aidilfitri daripada 15 hotel terkemuka di Dewan Santapan, Istana Negara.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Antara kek yang menarik perhatian Seri Paduka berdua ialah kek buah seberat 100 kilogram bertemakan Kedamaian Aidilfitri daripada Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menggunakan Masjid Zahir, Alor Setar sebagai replika 'topping' kek.

Asas kek itu turut dihiasi dengan gemerlapan lampu diod pemancar cahaya atau LED selain mampu mengeluarkan takbir hari raya.

Persembahan kek adalah acara tahunan setiap sambutan Aidilfitri.

Hotel lain yang turut mempersembahkan kek ialah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa, Berjaya Times Square Hotels & Resorts, Hotel Shangri-La dan Palace of The Golden Horses.

Hotel Holiday Villa, Hotel Mandarin Oriental, Hotel Seri Pacific, Hotel Federal International, YTL Hotels, Starwood Group, Hotel Grand Dorsett Subang, Sunway Resort Hotel & Spa serta Hilton Kuala Lumpur.

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah mengambil masa kira-kira setengah jam untuk melihat sendiri kesemua kek yang dipersembahkan oleh wakil hotel-hotel itu. — BERNAMA 

No comments:

Post a Comment