My Add

Wednesday 7 August 2013

SPNB agih zakat RM213,053

 * DR. Abd. Latif Ahmad menyerahkan wang zakat Syarikat Perumahan Negara Berhad kepada Shahrir Abdul Samad di Ibu Pejabat SPNB, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR, SELASA, 06 Ogos, 2013; Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) hari ini mengagihkan wang zakat sebanyak RM213,053.42 kepada agensi-agensi yang diamanahkan oleh SPNB.

SPNB telah mengamanahkan RM100,000 kepada Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) untuk diagihkan kepada tiga golongan asnaf di kawasan Parlimen yang ditentukan kelak.

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Mersing turut diamanahkan dalam pengagihan wang zakat sebanyak RM50,000.

Pengagihan wang zakat itu dilakukan oleh Pengerusi SPNB, Datuk Dr. Abd. Latif Ahmad yang turut dihadiri Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Abdul Samad; Pengarah Urusan SPNB, Datuk Ir. Kamarul Rashdan Salleh di Ibu Pejabat SPNB, Wisma Perkeso di sini.

Sebelum itu, pengagihan wang zakat sebanyak RM50,000 disampaikan kepada Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah di pejabatnya di Putrajaya.

Wang zakat tersebut diserahkan kepada Yayasan Pembangunan Bumiputera Tambun untuk golongan asnaf yang memerlukan di kawasan berkenaan.

Baki RM13,053 pula diagihkan kepada golongan asnaf dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang, Slim River, Perak.

Abd. Latif berkata, sumbangan itu boleh dijadikan contoh kepada syarikat korporat lain untuk turut menyumbangkan sesuatu bagi menjaga kebajikan rakyat yang kurang bernasib baik. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment