My Add

Monday 5 August 2013

SPRM beri kerjasama kepada polis siasat pegawai bermasalah

KUALA LUMPUR, AHAD, 04 Ogos, 2013: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam siasatan terhadap pegawainya yang terlibat kes tembak dan mencuri seekor kerbau di Bukit Sentosa, Hulu Selangor dekat sini, Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Pengurusan dan Profesionalisme SPRM Datuk Zakaria Jaafar berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan tingkah laku pegawai yang boleh menjejaskan reputasi suruhanjaya itu.

"Kami sentiasa mengutamakan disiplin pegawai sama ada ketika bertugas mahupun di luar waktu bertugas.

"SPRM juga memandang serius sebarang bentuk tindakan dan perbuatan mana-mana pegawai yang menyalahi peraturan dan undang-undang negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya juga telahpun mengambil tindakan secara dalaman terhadap pegawai berkenaan.

Dalam laporan sebuah akhbar hari ini, polis menahan seorang pegawai SPRM dan tiga lelaki kerana dipercayai menembak serta mencuri seekor kerbau di Bukit Sentosa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment